Tip Untuk Tingkatkan Kesuburan Bagi Wanita Yang Ingin Hamil

Tip Untuk Tingkatkan Kesuburan Bagi Wanita Yang Ingin Hamil

 

High-Fiber

 

 

 

 

 

 

Bagi isteri yang ingin hamil cepat selepas berkahwin, anda boleh cuba tip – tip di bawah.  Bagi yang belum berkahwin, anda juga boleh cuba tip – tip di bawah kerana ia boleh meningkatkan tahap subur anda.

Berikut adalah senarai tip bagaimana hendak tingkatkan tahap kesuburan.

    • Amalkan pemakanan yang seimbang dan sentiasa banyakkan makan sayur dan buah. Makan makanan yang mengandungi terlalu banyak lemak dan bahan kimia akan menyebabkan hormon di dalam badan anda tidak stabil. Apabila hormon anda tidak stabil, ia akan memberi kesan kepada tahap subur anda. Oleh itu,  makan makanan yang seimbang supaya hormon di dalam badan anda juga seimbang.

Tip Untuk Tingkatkan Kesuburan Bagi Wanita Yang Ingin Hamil

 

    • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan senaman. Senaman bukan sahaja akan menjadikan diri anda sihat, ia juga akan menjadikan anda seorang yang aktif. Apabila anda aktif, anda akan jalani kehidupan seks yang sihat dan badan anda juga akan bertambah subur. Antara senaman yang bagus untuk seorang isteri adalah jogging, berjalan dan berenang.
    • Kurangkan tekanan dalam hidup anda. Kajian menunjukkan wanita yang tidak tertekan adalah lebih subur daripada wanita yang sentiasa tertekan. Tenangkan fikiran dan sentiasa percaya pada ketenangan akan memberi kebahagiaan.

Tip Untuk Tingkatkan Kesuburan Bagi Wanita Yang Ingin Hamil

 

  • Sentiasa pastikan bentuk badan anda kekal sihat iaitu tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus.
  • Jangan sesekali percaya kepada produk yang ada bahan kimia. Contohnya produk vitamin yang di buat secara kimia, bukannya di ambil daripada sumber semulajadi.
  • Kawal tahap kolestrol di dalam badan kerana kolestrol yang tinggi boleh menganggu hormon di dalam badan anda.

2 comments

  1. Ummi Hanie says:

    salam singgah kembali.. nice blog ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect with Facebook

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>